Monday, December 13, 2010

Bawal Putih Masak Stim

Semalam hari minggu, ada masa nak masak yang sedap-sedap sikit. Kebetulan ada seekor ikan bawal putih dalam peti sejuk. Dah beku kat dalam tu. Punya la susah nak keluarkan....tarik punya tarik...akhirnya mau jugak cik ikan keluar. Rasanya cik ikan ni asal kat Artik kut..keturunan Eskimo! Sebab tu 'dia' tak nak keluar-keluar dari tempat sejuk tuh. Hehehe....tapi memang patut pun...tak la makan ikan busuk kalau letak kat luar.
Ikan tu punya la besar..boleh untuk 4-5 orang makan....lupa lak nak snap gambar ikan tu.Jadi sebab terlalu besar terpaksa la aku potong dua...dan potong lagi dua....aku ambik bahagian ekornya...potong dua.


Tapi kat sini bukan nak citer pasal ikan...kita nak citer pasal resepi.Kalau nak citer pasal ikan ni...maaf la bukan bidang. Tu kena tanya chef betul....yang aku tahu selain ikan bawal putih ni, ikan siakap pun selalu orang masak stim. Ok lah, resepi ni adalah ciptaan sendiri. Apa-apa masakan memang aku suka cipta sendiri terutama dari segi 'bumbu'nya.

Dan untuk resepi ni......tak yah susah-susah, campak jer 'bumbu' tadi ke atas ikan dan kukus. Kalau tengok kat gambar tu...berserabut dengan 'bumbu'..heheheh..saja nak bagi meriah. Antara bumbunya : halia, bawang putih, bawang besar, serai, asam boi, sos tiram dan garam secukup rasa. Kalau nak nampak berseri tu, hiaslah sikit dengan cili merah dan daun saderi atau daun ketumbar. Semua 'bumbu' tu dipotong atau dihiris nipis-nipis...kalau malas campak jer sedebuk  ke atas ikan tuh. Hahaha!!!Pastu kukus selama 20 minit. Macam mana nak kukus?..tanya mak!!





Ikan tak perlu masak lama, isinya cepat masak tak macam daging. Dah tu hidang la...apa lagi..makan la. Kembang hidung jap bila suami puji sedapppp!! Ahaks!

Haa...dah masak dah ikan bawal stim ni..ready to serve!


Selamat mencuba!! Minta maaf la ye chef-chef semua.....resepi asli dari dapur sendiri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...