Sunday, January 2, 2011

Kerabu Jantung Pisang Ala Kelantan

Kerabu Jantung Pisang


Setiap pagi ahad aku dan hubby selalu ke pasar...dalam 10km jer dari rumah. Satu yang aku suka pasar ni sebab banyak sayur dan ulam kampung seperti jering, petai, buah kerdas, pucuk ubi, keladi, jantung pisang, pisang sayur. Banyak lagi lah... Meriah la kiranya. Rasa macam nak beli semua tapi tak terlarat la nak makan. Dah siap beli ikan dan ayam, aku teringin nak makan kerabu. Pikir punya pikir...akhirnya aku decide nak buat kerabu jantung pisang. So, beli sebiji jantung pisang...err..sebiji tu betul ker hah??..Bantai jer la..dah lama tinggalkan tatabahasa ni!
Kerabu ni jarang ada kat kedai makan. Yang ada cume kerabu perut dan kerabu tauge campur pucuk paku. Tapi kerabu sini tak macam kerabu kat Kelantan. Kebanyakan kerabu di sini guna kelapa parut goreng yang tidak ditumbuk. Kat Kelantan apa-apa kerabu pun guna kerisik..yang dibuat sendiri. Lepas goreng kelapa parut tanpa minyak, ianya di tumbuk hingga lumat..sampai pecah minyak ( jadi kerisik).

Ok di sini aku bagi resepi kerabu jantung pisang ala Kelantan....kira ala aku jugak ler...Muahaah!!

Bahan-bahan : Jantung pisang,Bawang merah, ikan bakar/rebus, lada hitam, kerisik, limau nipis, santan dan garam secukup rasa.


Jantung Pisang, jangan lupa buang bahagian yang keras tu ye..ambil yang lembut jer

Ikan rebus/bakar, bawang merah, lada hitam dan limau nipis


Ni aku pakai santan segera. sebab terlupa lak nak beli santan fresh, seeloknya santan fresh lagi sedap.

Step # 1  ------->Tumbuk ikan, bawang dan lada hitam hingga lumat..tak lumat pun takpa kalau sendiri nak makan..hehehe

Bahan yang telah ditumbuk

Step # 2 ------> Rebus Jantung pisang sehingga lembut




Step # 3 ------> Potong jantung pisang kecil-kecil






Step # 4 -----> Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk yang berisi jantung pisang yang telah dipotong dan gaul rata. Masukkan kerisik dan gaul lagi.




Step # 5 -----> Masukkan santan. Santan hendaklah dimasak terlebih dahulu..sekadar simmer jap.




Step # 6 -----> Perah asam limau nipis dan masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.

Step #7 ------> Siap untuk dihidang.



Selamat mencuba!!

3 comments:

  1. Eh nak cuba jugak la..cam best jer..

    ReplyDelete
  2. t.ksh dgn resepi yg simple tp bmakna...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...